Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Astro Awani
Julai 5, 2021 07:39 MYT
Julai 5, 2021 07:39 MYT
PRESIDEN Mexico, Andrés Manuel López Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Tambahnya, kerajaan Mexico akan membaiki semua kerosakan yang berlaku.
Jelasnya, kebakaran yang berlaku pada Jumaat lepas di saluran paip gas dasar laut milik syarikat minyak negara, Pemex adalah susulan kebocoran gas nitrogen.
Tambahnya, ia akibat hujan lebat dan pelepasan elektrik. Beliau turut menolak kejadian insiden tersebut disengajakan.
Ujarnya, Kementerian Alam Sekitar dan Pemex masih menyiasat insiden yang berlaku di lapangan minyak di Teluk Mexico itu.
Kebocoran gas berkenaan berlaku sekitar 150 meter dari sebuah platform minyak dan berjaya dikawal dalam masa 5 jam.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. Pihak berkuasa masih tidak melaporkan kesan insiden berkenaan kepada alam sekitar.