Pemecatan Andrew McCabe 'hari yang indah' buat FBI - Trump

Agensi
Mac 17, 2018 07:58 MYT
Trump menerusi Twitternya, sehari selepas Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions memecat McCabe pada Jumaat, menambah langkah itu juga menandakan 'hari yang indah buat demokrasi.' - Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan pemecatan bekas timbalan pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Andrew McCabe sebagai 'hari yang indah' buat warga petugas FBI lelaki dan wanita yang telah bekerja keras.
Trump menerusi Twitternya, sehari selepas Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions memecat McCabe pada Jumaat, juga menambah langkah itu turut menandakan 'hari yang indah' buat demokrasi.
"James Comey (bekas pengarah FBI) adalah majikannya dan dia (McCabe) tahu tentang semua pembohongan dan rasuah yang berlaku di peringkat tertinggi FBI!" ujar Trump menerusi Twitternya itu.

Andrew McCabe FIRED, a great day for the hard working men and women of the FBI - A great day for Democracy. Sanctimonious James Comey was his boss and made McCabe look like a choirboy. He knew all about the lies and corruption going on at the highest levels of the FBI!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Bekas timbalan pengarah FBI dipecat
Pemecatan McCabe berlaku dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-50, yang melayakkannya bersara daripada FBI dengan pencen penuh.
Penyingkiran itu dilakukan sembilan bulan selepas Trump memecat Pengarah FBI, James Comey.
McCabe meletak jawatan pada bulan Januari tetapi mengambil cuti menjelang tarikh persaraannya.
Pemecatan itu juga bermakna faedah pencen penuhnya itu mungkin akan dinafikan.
Bekas timbalan pengarah FBI itu sebelum ini pernah terbabit dalam siasatan agensi berkenaan ke atas Hillary Clinton dan peranan Rusia dalam pilihan raya 2016 AS.
Sebagai reaksi kepada pemecatannya, McCabe dalam satu kenyataan menyifatkan langkah itu adalah sebahagian usaha lebih besar untuk menjejaskan FBI, penguat kuasa undang-undang dan golongan profesional perisikan.
Sementara, Comey dalam Twitternya turut menyelar tindakan Trump itu sambil menyifatkan rakyat akan membuat keputusan siapa yang bercakap benar.
"Tuan Presiden, rakyat Amerika akan mendengar cerita saya tidak lama lagi dan mereka akan menilai sendiri siapa yang mulia atau sebaliknya," katanya.

Mr. President, the American people will hear my story very soon. And they can judge for themselves who is honorable and who is not.

— James Comey (@Comey) March 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Trump berulang kali menuduh Comey dan McCabe sebagai tidak jujur.
Antaranya, Trump menuduh Comey can McCabe cuba melindungi Clinton daripada pendakwaan berhubung penyalahgunaan emel persendirian Clinton ketika menjadi setiausaha negara.
BACA: Ungkapan 'you're fired!' Trump bukan hanya dalam 'The Apprentice'?
#Andrew McCabe #bekas timbalan pengarah FBI #Donald Trump #FBI #James Comey #Jeff Sessions #pecat #Presiden Amerika Syarikat
;