Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran
Agensi
Januari 4, 2020 19:10 MYT
Januari 4, 2020 19:10 MYT
Presiden Iran, Hassan Rouhani menziarahi ahli keluarga Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat.
Rouhani menyifatkan pembunuhan Soleimani sebagai jenayah terbesar yang dilakukan Amerika Syarikat.
Ia berbanding insiden rampasan kuasa Iran pada 1953 yang didalangi Agensi Perisikan Pusat (CIA) serta pembabitan agensi Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat penumpang pada 1988 yang meragut nyawa semua yang berada di dalamnya.
Soleimani, Ketua Tentera Elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat pada awal pagi Jumaat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.
Beliau adalah seorang tokoh yang dijulang tinggi yang menggerakkan anggota militia bersenjata di seluruh rantau itu menentang AS dan sekutunya, yang ingin memperluaskan pengaruhnya dari Iran ke Mediterranean.
Kematian Soleimani adalah tamparan besar ke seluruh rakyat Iran dan sekali gus membawa kepada hampir semua orang dari Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, bersumpah membalas dendam secara besar-besaran.
Presiden AS Donald Trump dalam kenyataannya bagaimanapun berkata arahan serangan ke atas Soleimani adalah bagi menghentikan peperangan dan bukan untuk memulakannya.
#Donald Trump
#Hassan Rouhani
#Iran
#jenayah terbesar Amerika Syarikat
#Jeneral Qassem Soleimani
#presiden as
#Presiden Iran