Pembunuhan Ismail Haniyeh: Majlis keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar

Bernama
Ogos 1, 2024 00:10 MYT
Mesyuarat itu akan berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan. - Foto fail/REUTERS
HAMILTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu mengenai pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.
Menurut Agensi Anadolu, Rusia, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan berkata mesyuarat itu akan berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan.
Sesi tergempar itu diminta oleh Iran dan disokong oleh Rusia, Algeria, dan China.
-- BERNAMA
#PBB #Majlis Keselamatan #Mesyuarat tergempar #Ismail Haniyeh