Pembunuhan doktor Bush bermotif balas dendam - Polis

Astro Awani
Ogos 2, 2018 10:25 MYT
Foto Joseph James Pappas yang dikeluarkan Jabatan Polis Houston. (Texas Department of Public Safety/Houston Police Department via AP)
Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengenal pasti suspek yang menembak mati doktor kepada bekas Presiden George Bush.
Menurut Ketua Polis Houston, Art Acevedo, suspek berusia 65 tahun itu, Joseph James Pappas, diklasifikasikan sebagai bersenjata dan berbahaya.
Menurutnya, siasatan polis mendapati, tembakan itu bermotifkan balas dendam.
Suspek dipercayai menyalahkan Dr Mark Hausknecht yang telah menyebabkan ibunya meninggal dunia 20 tahun lalu ketika dibedah.
Hausknect dilaporkan maut ditembak ketika sedang menunggang basikal ke tempat kerja.
Suspek yang juga menunggang basikal telah melepasi Hausknect sebelum berpusing dan melepaskan tembakan yang membunuh doktor berkenaan.
Hausknecht pernah merawat Bush pada tahun 2000 selepas bekas presiden itu berdepan masalah jantung.
#Amerika Syarikat #Balas Dendam #basikal #bunuh #Doktor #George Bush #Houston #Joseph James Pappas #Mark Hausknecht #tembakan
;