Pembunuh Zainab terima pembalasan, dijatuhi empat hukuman mati

Agensi
Februari 17, 2018 18:47 MYT
Pembunuh Zainab Ansari, Imran Ali dijatuhkan empat hukuman mati atas semua kesalahan yang dilakukan. - Foto: REUTERS
Mahkamah di Pakistan menjatuhkan empat hukuman mati terhadap Imran Ali, 24 atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, bulan lalu.
Jasad Zainab Ansari ditemui di tempat pembuangan sampah di bandar Kasur, selatan Lahore pada 9 Januari.
Pembunuhan Zainab mencetuskan kemarahan di seluruh negara termasuk protes jalanan terhadap ketidakcekapan pihak polis dalam menjalankan tugas yang menyaksikan dua penunjuk perasaan terkorban.
BACA: Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah
BACA: Suspek rogol dan bunuh Zainab Ansari ditahan polis Pakistan
Imran juga dikaitkan dengan beberapa pembunuhan lain di bandar Punjab yang membabitkan kanak-kanak perempuan.
Semasa dalam perbicaraan, puluhan saksi dipanggil dan ujian DNA membuktikan Imran melakukan kesalahan tersebut.
Malah Imran turut mengaku bersalah melakukan jenayah itu.
BACA: Suspek rogol bunuh Zainab ditahan, bapa mahu 'binatang' itu dihukum mati
Dia dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menculik, merogol, membunuh, melakukan keganasan dan sodomi selain dikenakan denda.
Imran mempunyai 15 hari untuk merayu terhadap keputusan itu, lapor laman web Dawn.
Kes pembunuhan Zainab dan mangsa-mangsa lain meletakkan polis dalam tekanan mencari suspek yang melakukan kekejaman itu.
Keluarga Zainab mendakwa pihak polis tidak mengambil tindakan dalam tempoh lima hari sejak dia dilaporkan hilang hingga mayatnya ditemui.
BACA: Didakwa gagal lindungi kanak-kanak, kerajaan Pakistan dikecam
Ia memaksa waris Zainab meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan pergerakannya.
Video itu menunjukkan seorang gadis ditolak oleh seorang lelaki dan disebar meluas di media sosial.
Imran ditangkap polis pada 23 Januari.
#bunuh #jenayah #JusticeforZainab #Kanak-kanak #Pakistan #rogol #suspek #Zainab Ansari
;