Pembunuh Shinzo Abe uji senjata sebelum lakukan serangan

Bernama
Julai 11, 2022 11:20 MYT
Yamagami, 41, berkata dia telah menguji senjata api buatan sendiri di sebuah fasiliti sebagai persediaan sebelum serangan. -Gambar fail/Reuters
ANKARA: Pembunuh Shinzo Abe menguji senjatanya sebelum dia menembak mati bekas perdana menteri Jepun itu, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.
Penyerang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, 41, berkata dia telah menguji senjata api buatan sendiri di sebuah fasiliti sebagai persediaan sebelum serangan itu, menurut media tempatan NHK pada Ahad.
Seorang detektif yang menyiasat kejadian itu berkata, Yamagami pada mulanya bercadang untuk menyerang ketua kumpulan keagamaan tertentu tetapi akhirnya menukar fikiran dan menyasarkan Abe.
Abe ditembak pada Jumaat ketika sedang berkempen untuk pilihan raya di bandar Nara dan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.
-- BERNAMA
#Shinzo Abe #Tetsuya Yamagami #ketua kumpulan keagamaan #senjata api buatan sendiri
;