Pembunuh George Floyd cedera ditikam di penjara di AS
Bernama
November 25, 2023 19:59 MYT
November 25, 2023 19:59 MYT
WASHINGTON: Derek Chauvin, bekas pegawai polis yang disabitkan bersalah membunuh George Floyd dilaporkan cedera parah akibat ditikam ketika menjalani hukuman penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Bagaimanapun, keadaan Chauvin dilaporkan stabil, menurut laporan media tempatan yang memetik sumber.
Chauvin, bekas pegawai polis di Minneapolis disabitkan bersalah membunuh Floyd pada Mei 2020.
Kematian Floyd telah mencetuskan kemarahan yang meluas di Amerika Syarikat dan bantahan besar-besaran terhadap kekejaman polis serta diskriminasi terhadap orang kulit hitam.
Sebelum ini, Biro Penjara AS mengesahkan bahawa seorang banduan di Tucson Federal Correctional Institute telah ditikam dalam satu insiden tetapi tidak mendedahkan nama individu terbabit.
Agensi media termasuk CNN dan New York Times melaporkan bahawa banduan itu dikenal pasti sebagai Chauvin.
-- BERNAMA