Pembunuh bersiri Britain, Yorkshire Ripper meninggal dunia akibat COVID-19
Khairunnisa Kasnoon
November 13, 2020 20:40 MYT
November 13, 2020 20:40 MYT
PEMBUNUH bersiri Britain, Peter Sutcliffe, yang dikenali sebagai 'Yorkshire Ripper' meninggal dunia pada Jumaat ketika berusia 74 tahun.
Perkhidmatan Penjara Britain memaklumkan, Sutcliffe disahkan positif COVID-19 dan berdepan masalah kesihatan.
Punca kematiannya masih dalam siasatan.
Dia menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh 13 wanita di utara England antara tahun 1975 dan 1980.
Sutcliffe dijatuhi hukuman pada 1981 dan ditahan di Hospital Broadmoor di Berkshire sebelum dipindahkan ke penjara Frankland pada 2016 selepas disahkan cukup stabil untuk menjalani hukuman di penjara.
#Britain
#England
#meninggal dunia
#COVID-19
#penjara
#Pembunuh bersiri
#Yorkshire Ripper
#Peter Sutcliffe