Pembinaan rumah 3D menggunakan bahan bio-plastik
Astro Awani
Februari 17, 2013 16:45 MYT
Februari 17, 2013 16:45 MYT
Baru-baru ini, sebuah firma senibina di United Kingdom, Softkill Design mengumumkan mengenai perancangan mereka untuk membina sebuah rumah berasaskan cetakan 3 dimensi.
Rumah ini hanya mengambil masa 3 minggu untuk dicetak manakala hanya memerlukan sehari untuk kerja pemasangan.
Tidak menggunakan pasir mahupun bahan binaan konvensioanal, struktur rumah itu yang dikenali sebagai ‘Proto House’ menggunakan bahan bio-plastik berserat tinggi yang dijana menggunakan laser.
Menariknya, rumah itu tidak memerlukan sebarang pasak mahupun gam. Ia akan dicantum bersama seperti mana permainan ‘jigsaw puzzle’ dalam masa 24 jam sahaja.
Rekabentuk rumah itu dibina 100 peratus menggunakan kaedah cetakan 3 dimensi.
Melihatkan potensinya dalam pengurangan kos dan penggunaan bahan secara efisien, kaedah percetakan 3 dimensi ini sememangnya memberikan cabaran kepada industri senibina.
Untuk mengikuti laporan penuh, saksikan Kini Trending menerusi Astro Awani setiap hari jam 8.15 malam ini.