Pembiayaan kempen haram: Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy disabitkan bersalah

Bernama
Februari 15, 2024 14:21 MYT
Nicolas Sarkozy tiba untuk mendengar keputusan rayuan kes salah guna dana untuk membiayai kempen pilihan raya, di mahkamah di Paris, Perancis, 14 Feb 2024. - REUTERS
PARIS: Sebuah mahkamah rayuan Paris pada Rabu mensabitkan bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dana untuk membiayai kempen pilihan raya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun ke atas Sarkozy dengan separuh daripada hukuman itu ditangguhkan, lapor Xinhua.
Mahkamah mendapati Sarkozy membelanjakan 42.8 juta euro (US$45.9 juta) untuk kempen pilihan raya presidennya pada 2012 semasa jumlah maksimum yang dibenarkan di Perancis pada masa itu adalah hanya 22.5 juta euro.
Menurut peguam Sarkozy, bekas presiden itu akan membawa kes berkenaan ke mahkamah tertinggi Perancis.
Presiden dari tahun 2007 hingga tahun 2012 itu sedang berdepan beberapa kes perundangan di mahkamah, termasuk satu perbicaraan yang bermula pada tahun 2025 juga mengenai pembiayaan kempen secara haram.
-- BERNAMA
#Nicolas Sarkozy #kempen pilihan raya #Mahkamah Rayuan Paris #salah guna dana
;