Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye
Agensi
Oktober 23, 2024 07:30 MYT
Oktober 23, 2024 07:30 MYT
ANKARA : Kerajaan Turkiye menegaskan, kumpulan pemberontak Kurdish 'kemungkinan besar' berada di belakang serangan ke atas Turkish Aerospace Industries yang kini sudah meragut lima nyawa.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata: "Serangan pengganas ke atas [TAI] berkemungkinan besar berkaitan dengan tindakan [Parti Pekerja Kurdistan] PKK, ini adalah penilaian kami.
"Kami akan berkongsi pengenalan dan bukti lain sebaik sahaja hasil siasatan semakin jelas," katanya.
Terdahulu, sebelum Yerlikaya bercakap, Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler juga cuba menyalahkan kumpulan pemberontak Kurdish.
Kata beliau kepada pemberita: "Kami kenakan hukuman yang setimpal kepada anggota PKK yang sepatutnya mereka terima setiap kali, tetapi mereka tidak pernah sedar." - Agensi