Pemberontak kuasai bandar Iraq, 128 terbunuh

AFP
April 25, 2013 09:51 MYT
Pemberontak bersenjata menawan sebuah bandar di Iraq, Sulaiman Bek pada Rabu selepas pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan.
Menurut satu sumber rasmi, pertempuran yang memasuki hari kedua itu telah mengorbankan 128 nyawa dan mencederakan 269 yang lain.
Pasukan keselamatan telah pun meninggalkan kawasan berkenaan yang mana telah dikuasai oleh pemberontak bersenjata yang kini diketuai oleh Shalal Abdul Baban, seorang pentadbir tempatan yang bertanggungjawab di daerah berkenaan.
Menurut satu sumber lain, jalan yang menghubungkan Baghdad dan Tuz Khurmatu sebuah bandar di utara Sulaiman Bek turut terputus hubungan.
Pertempuran sengit turut berlaku di Mosul, utara Iraq yang mengorbankan seorang angota polis dan seorang anggota tentera.
#Baghdad #Iraq #pasukan keselamatan #pemberontak #Sulaiman Bek #Tuz Khurmatu
;