Pemberontak bersenjata menawan sebuah bandar di Iraq, Sulaiman Bek pada Rabu selepas pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan.
Menurut satu sumber rasmi, pertempuran yang memasuki hari kedua itu telah mengorbankan 128 nyawa dan mencederakan 269 yang lain.
Pasukan keselamatan telah pun meninggalkan kawasan berkenaan yang mana telah dikuasai oleh pemberontak bersenjata yang kini diketuai oleh Shalal Abdul Baban, seorang pentadbir tempatan yang bertanggungjawab di daerah berkenaan.
Menurut satu sumber lain, jalan yang menghubungkan Baghdad dan Tuz Khurmatu sebuah bandar di utara Sulaiman Bek turut terputus hubungan.
Pertempuran sengit turut berlaku di Mosul, utara Iraq yang mengorbankan seorang angota polis dan seorang anggota tentera.
AFP
Thu Apr 25 2013
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Ribuan penduduk Baghdad berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin
Demonstrasi itu diketuai pemimpin Syiah yang berpengaruh, Muqtada al-Sadr.
Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket
Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad terus menyaksikan serangan menggunakan roket pada Rabu, menurut seorang anggota keselamatan tempatan.
PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron
Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad.
35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha
Letupan berlaku di sebuah pasar ketika penduduk sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut hari raya Aidiladha, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan.
Tunjuk perasaan di Baghdad kecam tindakan Israel
Rata-rata yang berkumpul membakar bendera Israel di Tahrir Square sambil mengibar bendera Palestin.
Hospital di Baghdad terbakar, sekurang-kurangnya 82 maut
Kebakaran di Hospital Ibn al-Khatib itu dikatakan bermula selepas tangki oksigen meletup.
Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq
Kementerian Dalam Negeri wilayah itu menyatakan beberapa roket ditembak pada 9.30 malam waktu tempatan di beberapa kawasan di Erbil, mencederakan beberapa orang awam.
Tindakan AS tingkatkan keupayaan tentera di Timur Tengah cetus tanda tanya
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan telah menggerakkan kapal pengangkut perang USS Nimitz kembali ke Timur Tengah pada Jumaat.
Iraq, Arab Saudi buka semula sempadan utama selepas tiga dekad ditutup
Iraq dan Arab Saudi pada Rabu membuka semula sempadan utama untuk perdagangan antara kedua negara selepas tiga dekad penutupannya.
Lima terbunuh, dua cedera parah dalam serangan peluru berpandu di Iraq
Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala dua lagi cedera parah selepas serangan peluru berpandu Katyusha dilancarkan berhampiran lapangan terbang Baghdad, Iraq pada Isnin.