Pemberontak Houthi lancar serangan roket di kawasan kediaman di Marib

Agensi
Januari 28, 2018 08:35 MYT
Askar Yaman sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman pemberontak Houthi. - Reuters
Seorang wanita maut manakala tiga yang lain cedera dalam kejadian serangan roket di Marib, Yaman pada Sabtu.
Serangan didakwa dilakukan kumpulan pemberontak Houthi namun tidak dijelaskan punca serangan terbabit.
Menurut sumber tempatan, roket yang dilancarkan dari sebuah trak telah mensasarkan rumah mangsa.
Mangsa pula dikatakan baru sahaja pulang dari kawasan pelarian di utara Jadaan dalam wilayah Marib.
Pihak berkuasa mengesahkan seorang dari yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.
Sumber mengatakan pemberontak menggunakan roket jenis Katyusha dan mensasarkan kawasan kediaman terutama di Marib.
#Houthi #maut #wanita #Yaman