Pembelian panik di Tokyo selepas Gabenor umum perintah kawalan pergerakan

Astro Awani
Mac 26, 2020 07:51 MYT
Rak barang kosong di sebuah pusat beli belah di Tokyo. -AP
Penduduk di Tokyo mula berpusu-pusu untuk membeli barangan keperluan selepas gabenor bandar itu mengumumkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.
Gabenor Yuriko Koike sebelum ini menggesa 14 juta penduduk di bandar raya itu untuk duduk di rumah dan tidak keluar bermula hujung minggu ini selain bekerja dari rumah pada hari biasa.
Koike turut menggesa rakyatnya yang baru pulang dari luar negara untuk kuarantinkan diri sendiri di rumah selama 14 hari.
Jelasnya, perintah berkurung akan dilaksanakan sekiranya jumlah kes positif masih menunjukkan peningkatan.
#Barangan Keperluan #COVID-19 #koronavirus #kuarantin #pembelian panik #perintah tidak keluar rumah #Yuriko Koike
;