Pembekal ayam hidup di China tutup operasi serta merta

AFP
April 6, 2013 14:58 MYT
Bagi mencegah penyebaran H7N9, kesemua pasar yang membekalkan ayam hidup di Shanghai diarah untuk menghentikan operasi serta merta berikutan enam orang yang terbunuh di negara China akibat virus berkenaan.
Negara China telah mengesahkan sebanyak 16 kes melibatkan virus H7N9 yang ditemui pada manusia buat kali pertama di sekitar timur China.
Sejurus itu, kerajaan China mengumumkan larangan terhadap dagangan ayam hidup dan telah memusnahkan sebanyak 20,500 burung setelah virus tersebut ditemui dalam beberapa burung merpati di sekitar timur China.
Bagaimanapun telur ayam dan daging ayam beku masih dibenarkan untuk dijual kepada khayalak ramai dalam masa sama menyarankan rakyat supaya masak daging tersebut terlebih dahulu sebelum makan.
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat memberi amaran tentang kemampuan virus berkenaan bermutasi.
“Virus berkenaan mempunyai potensi untuk bermutasi dan menyebabkan wabak sekiranya ia telah berubah untuk menjadi mudah untuk dijangkiti manusia.
“Setakat ini, virus ini masih tidak disahkan mempunyai kebolehan bermutasi,” menurut pertubuhan itu dalam kenyataannya.
Kerajaan AS pada hari Jumaat menasihatkan rakyat Amerika yang tinggal di China supaya lebih berwaspada tentang wabak yang menular tersebut dan memaklumkan sehingga kini tiada sekatan perjalanan atau perdangan dibuat antara negara China bedasarkan keadaan semasa.
#AS #ayam hidup #China #dagangan #H7N9 #pembekal
;