Pembedahan plastik bantu ekonomi pelancongan perubatan di Korea Selatan
Agensi
Mac 29, 2019 18:49 MYT
Mac 29, 2019 18:49 MYT
SIAPA pernah terfikir, manusia mempunyai pilihan untuk membentuk wajah selepas kemajuan tekonologi yang dimiliki oleh pakar-pakar bedah dan juga sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan rupa bentuk ideal yang diidamkan.
Jika ingin berbincang tentang pembedahan plastik, Korea Selatan sudah pastinya menjadi negara yang dapat dikaitkan.
Menurut kajian antarabangsa yang disiarkan dalam International Medical Travel Journal, Korea Selatan menduduki tempat kelima dalam bilangan pelaksanaan pembedahan plastik di dunia. Sebanyak 5.4 peratus daripada jumlah doktor di negara itu adalah pakar bedah plastik.
Oleh kerana kebanyakan mereka mempunyai pengalaman profesional, Seoul telah menjadi pusat operasi pembedahan plastik dan ibu negara Korea Selatan itu turut menawarkan pakej pelancongan pembedahan plastik yang merangkumi aspek pemindahan, penginapan, rawatan susulan dan lain-lain.
Kebanyakan calon pembedahan dikatakan sanggup membelanjakan antara harga RM15,000 dan RM30,000 untuk membentuk semula ciri-ciri wajah dan kontur mereka.
Hargai penampilan
Bukan rahsia lagi bahawa para peminat di seluruh dunia, terutama Asia, tidak hanya menyukai budaya K-pop yang membawa pengaruh seni muzik, fesyen atau personaliti, malah ramai peminat juga menyukai penampilan mereka.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, Korea Selatan menghabiskan AS$1 bilion (RM4.08 bilion) setahun untuk menarik pelancong perubatan. Terdapat 1,709 buah hospital atau klinik berdaftar dan 1,413 perniagaan swasta berlesen yang boleh terlibat dalam pemasaran untuk memajukan ekonomi pelancongan perubatan.
Pada tahun 2018, Vietnam menunjukkan bahawa hampir 7,500 warganya melawat Korea Selatan untuk pelancongan perubatan tahun lepas, menurut data Korean Tourism Organization (KTO).
Manakala Rusia mempunyai bilangan pesakit asing yang kedua terbesar yang melawat Incheon, diikuti oleh China. Bilangan pesakit Rusia yang melawat Incheon meningkat 66 peratus pada tahun 2018, walaupun penurunan kecil sebanyak dua peratus dalam jumlah pesakit Rusia yang melawat Korea Selatan.
Pasaran pelancongan perubatan Korea Selatan berkembang, tetapi berada di belakang Thailand dan Malaysia, semua pesaing yang kuat. Namun, negara ini juga bersaing dengan India, Filipina, Jepun, dan China.
Kerajaan Korea Selatan mempunyai rancangan untuk mempromosikan tujuh sektor industri perkhidmatan termasuk pelancongan perubatan.
Antara jenis pembedahan yang paling popular adalah pembedahan kelopak mata dan kosnya mampu mencecah sekitar AS$3,000 - AS$4,000 (RM 12,244 - RM 16,326). Mereka membuang kulit kendur di bawah dan di atas mata dan bengkak di bawah mata.
Selain itu, prosedur penyingkiran lemak juga popular dalam pembedahan plastik. Meskipun, ia tidak hadir untuk mempengaruhi masalah berkaitan obesiti.
#Bedah plastik
#ekonomi
#kesihatan
#Korea Selatan
#pelancongan
#perubatan
#Perubatan pelancongan
#Plastic surgery
#Seoul