Pembedahan payudara percuma untuk wanita miskin

Agensi
Februari 24, 2018 09:45 MYT
Ribuan wanita miskin di Tamil Nadu ditawarkan pembedahan kosmetik payudara percuma, termasuk implan. -Gambar hiasan
RIBUAN wanita miskin di Tamil Nadu, India ditawarkan pembedahan kosmetik payudara percuma, termasuk implan.
Tawaran itu didedahkan Menteri Kesihatan Tamil Nadu, C. Vijayabaskar yang beranggapan wanita miskin juga berhak untuk kelihatan cantik.
Tawaran itu juga dibuat atas alasan estetik atau perubatan dengan memberi keutamaan kepada masyarakat paling miskin di negeri itu.
"Jika seorang perempuan miskin ingin kelihatan cantik, kami akan membantu dari segi kewangan.
"Sama ada mereka memerlukan prosedur perubatan atau rawatan kecantikan, ia adalah percuma," katanya kepada AFP.
Tamil Nadu disenaraikan antara negeri teratas dalam sistem penjagaan kesihatan awam India, berbanding dengan kemudahan yang dikendalikan kerajaan di bahagian lain di negara ini.
Bagaimanapun, para pengkritik skim baharu itu berkata kerajaan negeri dilihat membazirkan wang orang ramai dengan membantu kos pembedahan kosmetik dan bukannya membelanjakan wang tersebut untuk mengatasi penyakit serius.
"Ia sungguh menyedihkan apabila kami kini memberi tumpuan kepada kecantikan berbanding pembedahan untuk menyelamatkan nyawa," katanya bekas Pegawai Kesihatan Awam di Tamil Nadu, Dr S. Elango.
Pembedahan payudara kosmetik menjadi semakin popular di India, tetapi hospital swasta mengenakan bayaran antara RM10,000 (AS$2,300) hingga RM15,000 ($3,800) untuk prosedur iaitu upah setahun untuk kebanyakan masyarakat India.
#C Vijayabaskar #Elango #kosmetik #Menteri Kesihatan #payudara #Pembedahan #wanita
;