Pembantu juruterbang Germanwings dikatakan telah sengaja menjatuhkan pesawat Airbus yang dipandunya berikutan masalah kemurungan serius yang dialaminya enam tahun lalu, lapor akhbar harian Jerman, Bild.
Menurut laporan yang memetik dari sumber dokumen Luftfahrtbundesamt (LBA), pembantu juruterbang itu telah mendapat rawatan psikiatri untuk masalah tersebut pada 2009 dan dikatakan masih menerima bantuan doktor.
Andreas Lubitz, 28, menurut Bild, telah menerima rawatan "perubatan swasta biasa", dan syarikat induk Germanwings, Lufthansa telah pun menghantar maklumat ini kepada LBA.
Ketua Pegawai Eksekutif Lufthansa Carsten Spohr berkata Lubitz telah menggantung latihan penerbangannya, yang bermula pada tahun 2008, "untuk tempoh tertentu," namun tidak memberi maklumat lanjut.
Lubitz meneruskan kariernya sehingga mampu melayakkan diri untuk mengendalikan Airbus A320 pada tahun 2013.
Bild berkata dalam tempoh penggantungannya, telah mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan yang seriius.
Lapor Bild lagi, rekod Lubitz telah dijadualkan untuk diperiksa oleh pakar-pakar di Jerman sebelum diserahkan kepada penyiasat Perancis.
Polis telah memeriksa dua premis yang digunakan Lubitz pada Khamis untuk mendapatkan petunjuk bagaimana juruterbang tersebut boleh dibenarkan membawa pesawat tersebut.
Dalam kejadian pada Khamis itu, 150 orang telah terkorban apabila pesawat milik Jerman itu terhempas di pergunungan Apls di Perancis.
AFP
Fri Mar 27 2015
Lubitz dikatakan telah mendapat rawatan psikiatri untuk masalah tersebut pada 2009
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Salji di Alps cair lebih awal akibat perubahan iklim: Kajian
Pergunungan Alps menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia ke resort ski di kawasan banjarannya yang diliputi salji.
Elak kelas ditutup, kambing didaftarkan ke sekolah
Bimbang kelas di sebuah sekolah rendah ditutup kerana kurang bilangan pelajar, pengembala tampil membantu dengan mendaftarkan kambingnya.
Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
Sebuah video yang tersebar didakwa memaparkan detik akhir di dalam kabin pesawat Germanswings yang terhempas minggu lalu.