Pembantu juruterbang digantung lesen, mabuk dalam kokpit

Agensi
Mac 25, 2018 14:04 MYT
SUSULAN kejadian itu syarikat penerbangan Portugalia Airlines telah membatalkan penerbangan dari Stuttgart ke Lisbon pada Jumaat malam. - Foto Facebook/TAP-Air-Portugal
Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Portugal, Portugalia Airlines ditahan di sini setelah ditemui mabuk di dalam kokpit pesawat sebelum berlepas.
Menurut polis Jerman, pembantu juruterbang berusia 40 tahun itu ditemui dalam keadaan mabuk ketika pemeriksaan pesawat dilakukan polis.
Pemeriksaan dilakukan susulan aduan yang diterima dari pegawai lapangan terbang yang ternampak suspek meminum minuman keras dan berjalan dalam keadaan tidak stabil.
Pendakwa raya Stuttgart segera menggantung lesen terbang pembantu juruterbang terbabit dan menetapkan jaminan sebanyak AS$12,000.
Susulan kejadian syarikat penerbangan telah membatalkan penerbangan dari Stuttgart ke Lisbon pada Jumaat malam.
Menurut syarikat induk TAP Air Portugal, mereka akan menyiasat kes itu dan mengambil langkah yang perlu selain meminta maaf kepada penumpang kerana kesulitan yang dialami.
#air #Jerman #mabuk #penerbangan #pesawat #polis #Portugal #siasatan
;