Pembangunan demografi seimbang, sihat di Xinjiang

Bernama
September 26, 2021 07:14 MYT
Keadaan di kejiranan Urumqi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China, 7 Mei, 2021. - Gambar fail REUTERS
BEIJING: Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Ahad melancarkan laporan kertas putih mengenai sosioekonomi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, antara lain berkaitan perkembagan menyeluruh yang dicapai wilayah itu.
Menurut kertas putih itu selain menikmati pembangunan, penduduk pelbagai etnik di wilayah itu juga menjalani kehidupan yang stabil, aman dan damai di samping demografi seimbang.
Sebelum penubuhan Republik Rakyat China (PRC), pembangunan sosioekonomi di Xinjiang amat ketinggalan zaman, populasinya kecil, kualiti kehidpuan penduduk di tahap yang rendah dan jangka hayat lebih pendek.
Menerusi PRC, populasi di Xinjiang khususnya jumlah penduduk etnik minoriti bertambah dengan pesat, kualiti penduduk meningkatkan secara berterusan dan jangka hayat yang lebih panjang.
Seiring dengan pewujudan perindustrian, urbanisasi dan pemodenan, pembangunan demografi di Xinjiang turut mengalami perubahan, menyaksikan kadar kelahiran lebih tinggi manakala jumlah kematian dapat dikurangkan
Ini susulan daripada usaha pembangunan sosioekonomi, pelaksanaan dasar dan undang-undang yang berkaitan serta perubahan pandangan masyarakat terhadap perkahwinan dan mempunyai anak.
Menurut kertas putih itu, jumlah penduduk etnik minoriti dijangka bertambah dengan stabil pada masa depan berikutan kestabilan masyarakat di wilayah itu.
Kualiti penduduk juga akan meningkat secara berterusan dan mobiliti populasi (penduduk berpindah dari satu tempat ke tempat lain) semakin rancak.
"Kuasa pihak tertentu yang anti-China menyebarkan pembohongan mengenai "genosid" di Xinjiang dengan mengelirukan masyarakat umum dan antarabangsa selain menghalang pembangunan serta kemajuan pasti tidak akan berhasil," menurut kertas putih itu.
-- BERNAMA
#Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang #kertas putih #Jabatan Penerangan Dewan Negara China #pembangunan sosioekonomi
;