Pembangkang Turki dahului Erdogan dalam pilihan raya tempatan
Agensi
April 1, 2024 08:45 MYT
April 1, 2024 08:45 MYT
ANKARA : Turki menghukum Presiden Tayyip Erdogan dan partinya pada Ahad dalam pilihan raya tempatan di seluruh negara yang memilih pembangkang sebagai kuasa politik.
Ia kini mengukuhkan lagi kedudukan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu sebagai saingan utama perlumbaan Presiden Turki selepas parti AK (AKP), diwakili Erdogan sudah memerintah republik itu melebihi dua dekad.
Beribu-ribu orang turun ke jalan di ibu negara Ankara untuk meraikan kemenangan besar penyandang Datuk Bandar pembangkang, Mansur Yavas yang memperoleh 62.5 peratus undi terhadap calon parti AKP di sebalik hanya kurang 50 peratus undi baru selesai dikira.
Di Ankara, ibu negara, beribu-ribu penyokong berkumpul pada waktu malam sambil mengibarkan bendera CHP untuk ucapan Datuk Bandar Mansur Yavas.
Penganalisis berkata, ia satu tamparan buat Erdogan dan AKP yang tidak mendapat soongan rakyat Turki dan Istanbul disebabkan inflasi yang melambung tinggi dan kekecewaan ramai pengundi Islam.
Berdasarkan 79.77 peratus peti undi yang dibuka di Istanbul, bandar terbesar di eropah, lebih 16 juta penduduk, Imamoglu dari pembangkang mendapat 50.53 peratus sokongan berbanding 40.73 peratus untuk pencabar AKP, Murat Kurum, bekas Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Erdogan.
Namun, sebahagian keputusan rasmi yang dilaporkan oleh agensi Anadolu yang dikendalikan kerajaan menunjukkan AKP dan sekutu utamanya melepaskan jawatan Datuk Bandar di 10 bandar besar termasuk Bursa dan Balikesir di barat laut perindustrian.
CHP mendahului di seluruh negara dengan hampir 1 peratus undian, satu keputusan yang pertama kali dilihat dalam tempoh 35 tahun. - Agensi