Pembangkang Parti Buruh dahului kerajaan UK dalam pungutan suara
Bernama
September 28, 2020 13:31 MYT
September 28, 2020 13:31 MYT
LONDON: Parti Pembangkang terbesar United Kingdom (UK), Parti Buruh dilihat telah mendahului parti pemerintah Parti Konservatif dalam pungutan suara yang pertama selepas Boris Johnson menjadi perdana menteri, lapor agensi berita Anadolu, berdasarkan data daripada pengundian Opinium.
Pungutan suara itu, dilakukan untuk akhbar The Observer, memberikan Buruh 42 peratus sokongan berbanding 39 peratus untuk Konservatif-mendahului dengan tiga mata.
Sejak enam bulan lalu, ketika pandemik COVID-19 sedang meningkat, Konservatif mendahului dengan 26 mata.
Kali terakhir Buruh berada di hadapan dalam tinjauan pendapat ialah pada Julai 2019, ketika Konservatif dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Theresa May. Mereka mendahului dengan dua mata.
Pemimpin Buruh Sir Keir Starmer menerima undian dengan baik, mendahului Johnson dengan empat mata.
Lebih separuh, 55 peratus, pengundi berpendapat beliau telah bersedia menjadi perdana menteri, dan 40 peratus yakin parti Buruh boleh membentuk kerajaan berikutnya.
Selama dua minggu terakhir, penilaian peribadi Johnson merosot dari -6 peratus kepada -12 peratus.
Sejumlah 50 peratus orang awam tidak bersetuju dengan cara pemerintah menangani krisis, dan 57 peratus tidak bersetuju dengan cara mereka menangani ujian.
Starmer menjadi pemimpin Parti Buruh pada April, setelah menang pada pusingan pertama pungutan suara dengan 56.2 peratus.
Beliau menggantikan Jeremy Corbyn, dari sayap kiri parti dan tempoh kepimpinannya digegarkan dengan tuduhan anti-Semetik yang meluas.
Sejak itu Starmer secara tegas berurusan dengan anti-Semitik dalam parti dan membawa Buruh secara ideologi lebih dekat dengan pusat.
-- BERNAMA
#United Kingdom
#pembangkang
#kerajaan
#Parti Buruh
#Boris Johnson
#pungutan suara
#parti pemerintah
#Parti Konservatif
#pandemik
#COVID-19
#Theresa May
#undian
#krisis
#Jeremy Corbyn
#British
#Keir Starmer