Pembangkang Israel persoal Netanyahu ubah nama perang
Astro Awani
Oktober 8, 2024 10:00 MYT
Oktober 8, 2024 10:00 MYT
TEL AVIV: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid, mempersoal tindakan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang bercadang menukar nama perang di Gaza daripada 'Operasi Pedang Besi' kepada 'Perang Kebangkitan'.
Lapid dalam satu hantaran di X berkata, tiada kebangkitan sekiranya semua yang menjadi tebusan dan dipindahkan belum pulang ke rumah mereka.
Tegasnya, Netanyahu boleh mengubah sebanyak mana nama yang dimahukannya, namun beliau tidak dapat mengubah hakikat bahawa di bawah pentadbirannya, bencana paling dahsyat menimpa mereka di Israel.
Katanya, kerajaan Netanyahu bukan kerajaan kebangkitan tetapi kerajaan yang dibelenggu rasa bersalah.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Netanyahu mengemukakan cadangan untuk mengubah nama perang yang tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu itu dalam mesyuarat khas kabinetnya.