Pembangkang desak Morsi dengar suara rakyat

Astro Awani
Jun 29, 2013 18:12 MYT
Tokoh pembangkang Mesir, Amr Mousa mendesak Presiden Mohamed Morsi supaya mendengar rintihan rakyat dengan mengadakan pilihan raya presiden lebih awal.
Amr memaklumkan blok pembangkang tidak bertujuan menumbangkan rejim, sebaliknya mahu memilih presiden baru.
Beliau menegaskan perjuangan mereka adalah atas dasar demokrasi.
Sehubungan itu, sebarang perubahan perlulah berteraskan prinsip tersebut.
Kenyataan Amr menyusul ucapan Morsi menjelang protes besar-besaran yang dijadualkan pada Ahad.
Dalam ucapan itu, Morsi mempertahankan prestasi beliau untuk penggal pertama.
Biarpun mengakui melakukan kesilapan, Morsi mendakwa beliau juga mencatat beberapa kejayaan.
Morsi juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan pihak pembangkang.
#Amr Mousa #Mohamed Morsi #pembangkang #pilihan raya #presiden baru
;