Pemasangan logo baharu Twitter dapat bantahan pihak berkuasa California

Bernama
Julai 30, 2023 10:45 MYT
Pihak pemeriksa bangunan di San Francisco membantah pemasangan papan tanda simbol X di atas bumbung bangunan ibu pejabat Twitter. - Gambar AP
ISTANBUL: Pihak pemeriksa bangunan di San Francisco membantah pemasangan papan tanda simbol X di atas bumbung bangunan ibu pejabat Twitter, lapor Anadolu Agency (AA) memetik San Francisco Chronicle.
Menurut jurucakapnya Patrick Hannan, pemasangan papan tanda perlu mendapat permit dan kebenaran pihak suruhanjaya perancangan bandar California bagi memastikan keselamatan struktur papan tanda itu.
Jabatan itu berkata kebenaran yang diberikan sebelum ini tidak termasuk untuk mengalih keluar huruf "@twitter" dan pemasangan tanda X yang baharu.
Minggu lepas Elon Musk berkata beliau berhasrat untuk menukar logo Twitter kepada "X".
"Jika logo X dapat dipaparkan malam ini, kami akan lancarkan di seluruh dunia esok," kata Musk. - BERNAMA
#logo baharu Twitter #logo X Twitter #Elon Musk #simbol X Twitter
;