Pemandu teksi transgender ini semakin cantik

Agensi
Februari 26, 2018 07:41 MYT
Kini, Melissa merancang untuk melakukan prosedur di bahagian hidungnya untuk menjadikan wajahnya lebih feminin.
Jika dahulu individu ini kelihatan tua dengan wajah yang penuh dengan kedutan, kini transgender dari United Kingdom ini tampil lebih ‘muda’ dan cantik selepas menjalani beberapa prosedur di wajahnya.
Pada Disember lalu, Melissa Ede, pemandu teksi berusia 57 tahun, memenangi loteri berjumlah £4,000,000 (RM22 juta), menurut laporan Metro.uk.
Dia yang juga merupakan bekas bintang realiti rancangan televisyen, pernah meminta pertubuhan GoFundMe membiayainya tahun lalu, untuk mendapatkan gigi palsu yang baharu.
Namun, selepas memenangi wang loteri akhir tahun lepas, Melissa kini tidak lagi memerlukan bantuan orang ramai malah telah membelanjakan £30,000 (RM164,000) bagi menjalani beberapa prosedur.
Antaranya, dia telah meruncingkan bahagian bawah mukanya yang berkedut, melakukan botox, prosedur di pipi, bibir dan banyak lagi.
Katanya, semua prosedur yang dilakukan ini tidak melibatkan pembedahan namun ia lebih kepada rawatan berbentuk laser.
Tunangnya Rachel Nason berkata, semua prosedur ini telah menukar wajah Melissa yang dahulunya kendur dan berkedut seperti kulit ayam belanda.
Kini, Melissa merancang untuk melakukan prosedur di bahagian hidungnya untuk menjadikan wajahnya lebih feminin.
#Judge Rinder #loteri #Melissa Ede #pemandu teksi #transgender #United Kingdom
;