Pemandu rempuh bangunan Konsulat China maut ditembak

Bernama
Oktober 10, 2023 05:45 MYT
Polis kini bekerjasama dengan Jabatan Negara AS untuk menyiasat kejadian itu. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Seorang pemandu kereta mati ditembak polis di bandar San Francisco, California Amerika Syarikat (AS) selepas kereta yang dipandunya merempuh bangunan konsulat China, lapor Sputnik memetik CBS News pada Selasa.
Kereta itu berhenti di lobi konsulat dan pegawai polis terpaksa menembak pemandunya yang kemudiannya meninggal dunia di hospital, menurut laporan itu.
Polis kini bekerjasama dengan Jabatan Negara AS untuk menyiasat kejadian itu, lapor penyiar berkenaan.
-- BERNAMA
#rempuh konsulat china #Amerika Syarikat #San Francisco #tembak mati