Pihak berkuasa menahan reman pemandu keretapi dalam perkembangan nahas keretapi di Sepanyol yang mengorbankan 80 nyawa.
Perintah tahanan dikeluarkan mahkamah agung Galicia bagi membantu siasatan rasmi berhubung punca nahas.
Ketika ini, pihak berkuasa mendedahkan siasatan awal mendapati gerabak keretapi tergelincir kerana ia dipandu melebihi had laju.
Setakat ini, pihak berkuasa menolak kemungkinan ada unsur sabotaj atau serangan pelampau.
Sementara itu, Raja Sepanyol Juan Carlos mengutus takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Raja Juan Carlos dan permaisurinya, Ratu Sofia, turut meluangkan masa melawat mereka yang masih dirawat di hospital Santiago De Compostela.
Sekurang-kurangnya 95 penumpang cedera, 36 daripadanya kritikal.
Nahas disifatkan yang terburuk sejak 1972.
Kejadian itu turut mencederakan lebih 140 penumpang lain dan mengakibatkan 8 gerabak tergelincir.
Astro Awani
Fri Jul 26 2013
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Daerah kedua Sepanyol laksana semula perintah sekatan
Penduduk akan dibenarkan keluar bekerja bagi tempoh lima hari sementara perhimpunan hanya dibenarkan tidak melebihi 10 individu.
Seorang terbunuh, 26 cedera dalam letupan stor bunga api
Perkhidmatan Kecemasan di Wilayah Galicia melaporkan, stor tersebut yang terletak di bandar Tui, kira-kira 30km di selatan Vigo, meletup kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan.