Pemandu jentolak mabuk punca nahas pesawat korbankan CEO TOTAL

Agensi
Oktober 22, 2014 08:25 MYT
Christophe De Margerie - Gambar Fail AFP
Susulan nahas pesawat yang berlanggar dengan sebuah jentolak salji ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow.
Pasukan penyiasat Rusia memaklumkan pemandu jentolak berkenaan berada dalam keadaan mabuk ketika insiden.
Laporan awal turut mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak TOTAL, Christophe De Margerie dan tiga anak kapal yang lain maut dalam nahas itu.
Insiden pada jam 11.57 malam waktu Moscow itu menyaksikan pesawat peribadi milik De Margerie bertembung dengan sebuah mesin jentolak salji ketika melakukan pelepasan di lapangan terbang berkenaan.
Jarak penglihatan ketika itu adalah sejauh 350 meter.
TOTAL merupakan syarikat minyak ketiga terbesar dunia sementara mendiang De Margerie dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak 2007.
#Christophe De Margerie #Moscow #Nahas #pesawat #Rusia #Total
;