Pemakaman Ratu Elizabeth II: Lelaki cuba pegang keranda cetus kekecohan

Agensi
September 17, 2022 19:42 MYT
Dia sempat dihalang anggota keselamatan yang segera mengheretnya keluar. - YouTube/Twitter
LONDON: Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila cuba memegang keranda Ratu Elizabeth II.
Dia bagaimanapun sempat dihalang anggota keselamatan yang segera mengheretnya keluar.
"Pegawai dari Komando Perlindungan Parlimen dan Diplomatik Met telah menahan seorang lelaki di Westminster Hall kerana mengganggu kententeraman awam.
"Dia ditahan atas kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam," kata jurucakap polis.
Jurucakap Parlimen United Kingdom mengesahkan mereka sudah dimaklumkan tentang perkara itu.
Lintas langsung oleh portal BBC di sekitar keranda terhenti selama kira-kira 15 minit semasa kejadian.
Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Westminster Hall telah beratur sejak Rabu, dengan jumlahnya semakin ramai setiap hari.
Pihak berkuasa sebelum itu menghalang orang ramai daripada memasuki barisan, menyebabkan ramai mula berkumpul di sekitar pintu masuk.
Dalam kemas kini yang dikongsi pada awal pagi Sabtu, Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan meminta orang ramai yang datang dari jauh agar membatalkan hasrat mereka untuk memberi penghormatan terakhir.
"Panjang barisan adalah menyamai masa menunggu sekurang-kurangnya 25 jam. Tolong jangan datang. Semak semula untuk kemas kini esok," kata mereka dalam satu kenyataan.
#Ratu Elizabeth II #keranda #United Kingdom #kekecohan #pemakaman
;