Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Astro Awani
April 18, 2021 10:04 MYT
April 18, 2021 10:04 MYT
BLACKBURN: Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.
Mereka turut meluangkan masa bersama untuk menonton istiadat pemakaman Duke of Edinburgh yang disiarkan secara langsung.
Ada dalam kalangan mereka menyifatkan istiadat tersebut sebagai satu penghargaan kepada rakyat UK.
Jasad mendiang Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II dimakamkan di St George Chapel di Istana Windsor jam 3 petang waktu tempatan.
Sebagai tanda penghormatan, loceng juga dibunyikan di Blackburn Cathedral untuk mengajak orang ramai menyalakan lilin dengan 10 ekor burung merpati dilepaskan.
Istiadat Pemakaman | Penghormatan terakhir untuk Putera Philip