Pemain West Ham didakwa cederakan kucing peliharaan
Sinar Harian
Mei 24, 2022 08:15 MYT
Mei 24, 2022 08:15 MYT
LONDON: Seorang pemain kelab bola sepak West Ham, Kurt Zouma didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan di sebuah mahkamah di Britain pada Isnin.
Zouma didakwa di bawah akta itu selepas dia mencederakan dan menendang seekor kucing peliharannya pada Februari lalu.
Adik Zouma, Yoan, 23, yang bermain untuk kelab bola sepak Dagenham telah didakwa atas dua tuduhan berikutan siasatan Persatuan Diraja untuk Menghalang Kezaliman ke atas Haiwan arau lebih dikenali sebagai RSPCA.
Zouma, 27, akan hadir di Mahkamah Majistret Thames pada Selas untuk perbicaraan pertamanya bersama adiknya itu.
Yoan dituduh merakamkan tindakan Kurt yang menendang dan menampar seekor haiwan peliharaannya.
Kurt didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan penderitaan kepada kucing itu dengan menendangnya di perut dan menamparnya di kepala.
Dia juga didakwa gagal melindungi kucing itu daripada penderitaan sakit, kecederaan atau penyakit.
Yoan pula didakwa atas dua pertuduhan membantu dan bersubahat dengan Kurt sehingga menyebabkan penderitaan ke atas kucing itu.
Gaji Kurt sebelum ini digantung sebanyak £250,000 (RM1.38 juta) oleh kelab bola sepak tersebut dan beberapa syarikat menarik balik penajaannya tetapi dia terus bermain untuk dengan West Ham.
Namun, Yoan tidak bermain dengan kelab bola sepak Dagenham sejak 29 Januari lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.