Pemain ski dilapor hilang di pergunungan Australia

Faida Rahim
September 5, 2022 11:15 MYT
Pencarian segera dijalankan selepas mangsa tidak melapor diri semula ke Pejabat Polis daerah Monaro. -Gambar hiasan/Unsplash.
NEW SOUTH WALES: Seorang lelaki gagal ditemukan selepas bermain ski di pergunungan Snowy, New South Wales, Australia.
Media tempatan melaporkan lelaki itu sempat menghubungi keluarga pada Sabtu sebelum memulakan aktiviti ski di kawasan pedalaman Taman Negara Kosciuszko.
Difahamkan, lelaki berusia 23 tahun itu merupakan pemain ski berpengalaman dan membuat persediaan rapi sebelum bertolak ke lokasi.
Kehilangannya disedari selepas tiada khabar berita sehari selepas beraktiviti.
Pencarian segera dijalankan selepas mangsa tidak melapor diri semula ke Pejabat Polis daerah Monaro.
Pihak berkuasa turut menemui kereta mangsa yang diletakkan di kawasan Guthega.
#pemain ski hilang #ski di gunung #Snowy Mountains #Australia
;