Pemain pertahanan Arsenal, Pablo Mari, cedera ditikam

Bernama
Oktober 28, 2022 17:13 MYT
Mari dilaporkan ditikam di belakang semasa membeli-belah bersama isteri dan anaknya. - Reuters
ROM: Pemain pertahanan Sepanyol bagi pasukan Serie A Monza, Pablo Mari cedera dalam kejadian tikaman di sebuah pasar raya di Assago, dekat Milan pada Khamis.
Bek tengah berusia 29 tahun dipinjamkan dari Arsenal itu adalah antara empat mangsa yang cedera dalam insiden yang turut meragut satu nyawa.
Dalam kejadian itu seorang lelaki yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental menyerang orang ramai di pasar raya itu, lapor agensi berita Itali (ANSA).
Mari dilaporkan ditikam di belakang semasa membeli-belah bersama isteri dan anaknya.
Beliau kini dirawat di hospital Niguarda, Milan dan akan menjalani pembedahan pada Jumaat.
Pengarah Monza Adriano Galliani berkata pada Khamis Mari tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.
Menurut ANSA, penyerang berusia 46 tahun itu dilaporkan mengambil pisau yang dijual di pasar raya itu dan mula menyerang orang ramai.
Dia menghadapi tuduhan membunuh dan cubaan membunuh beramai-ramai.
-- BERNAMA
#Pablo Mari #cedera ditikam #pemain Arsenal #masalah mental
;