Pemain golf profesional, dua lagi ditembak mati di padang golf

Astro Awani
Julai 5, 2021 02:20 MYT
Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.
ATLANTA: Seorang pemain golf profesional antara tiga yang maut dalam satu kejadian tembakan di sebuah kelab golf di Atlanta, Amerika Syarikat.
Menurut Pegawai Polis Cobb County, pemain golf profesional itu dikenal pasti sebagai Eugene Siller yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala.
Tambahnya, dua lagi individu ditemui di belakang sebuah trak yang diparkir di lapangan golf Pinetree Country Club, lapor WAGA-TV.
Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.
"Kami di Georgia Section PGA sangat sedih dengan kejadian yang menimpa salah seorang daripada ahli kami iaitu Gene Siller," tulis persatuan itu dalam ciapan terbaharu di akaun rasmi Twitter.
#pemain golf #tembak #mati #padang golf #Eugene Siller #PGA