Peluncur ombak profesional nyaris dibaham jerung gergasi putih
Agensi
Oktober 8, 2020 19:52 MYT
Oktober 8, 2020 19:52 MYT
BALLINA: Peluncur ombak profesional Matt Wilkinson nyaris dibaham jerung gergasi putih pada Rabu di Ballina, New South Wales.
Kejadian tersebut sempat dirakam kamera dron yang merupakan sebahagian daripada sistem amaran jerung Australia.
Pegawai kawalann panntai berkata ikan jerung sepanjang 1.5 meter itu berkemungkinan dihalang daripada menyerang Wilkinson disebabkan tali pada papan luncur atau bunyi daripada dron.
Wilkinson, 32 tahun, berkata dia tidak nampak ikan itu tetapi terdengar bunyi sirip atau ekor di dalam air.
Beberapa saat kemudian, dia berkata kedengaran bunyi pembesar suara dron yang memberikan amaran bahawa terdapat ikan jerung berhampran dan semua perlu kembali ke pantai.
Ballina merupakan sebahagian daripada pantai New South Wales di utara Sydney yang terkenal dengan serangan ikan jerung dalam beberapa tahun kebelakangan ini.