Pelosi jemput Trump sampaikan ucapan negara pada 5 Feb

Bernama
Januari 29, 2019 10:02 MYT
Saya menjemput anda untuk menyampaikan ucapan negara sebelum Sesi Bersama Kongres pada 5 Feb 2019 di Dewan Perwakilan, tulis Pelosi (gambar) dalam suratnya kepada Trump. - Gambar fail
Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi telah menjemput Presiden Donald Trump untuk menyampaikan ucapan negara pada 5 Feb, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan timbalan ketua turus Pelosi, Drew Hammill.
"Ketika saya mengutuskan surat kepada anda pada 23 Jan, saya telah menyatakan bahawa kita perlu bekerjasama dalam mencari satu tarikh yang saling dipersetujui apabila kerajaan dibuka untuk menjadualkan semula ucapan negara pada tahun ini," kata Pelosi dalam sepucuk surat kepada Trump, yang salinannya dikongsi oleh Hammill menerusi akaun Twitter pada petang Isnin.
"Dalam perbualan kita hari ini, kita telah bersetuju dengan tarikh 5 Feb.
"Oleh itu, saya menjemput anda untuk menyampaikan ucapan negara sebelum Sesi Bersama Kongres pada 5 Feb 2019 di Dewan Perwakilan," menurut surat itu.
BACA: Trump umum buka semula jabatan kerajaan
BACA: Masuk hari ke-32, Trump tetap teruskan tutup operasi kerajaan
Pelosi pada asalnya menjemput Trump untuk menyampaikan laporan tahunan beliau kepada Kongres pada 29 Jan.
Namun, beliau kemudiannya meminta presiden itu menangguhkan ucapannya atas faktor keselamatan kerana agensi persekutuan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan bagi acara itu tidak dibiayai susulan penutupan sebahagian kerajaan.
BACA: Percaya atau tidak, ahli politik ini berdiri 8 jam untuk berucap!
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Drew Hammill #keselamatan #laporan tahunan #Nancy Pelosi #Speaker #tutup #ucapan negara
;