Pele kian kritikal

Astro Awani
Disember 26, 2022 02:30 MYT
Pele dikelilingi ahli keluarga di hospital di Sao Paulo apabila doktor mengesahkan kanser dihidapinya semakin teruk. -Gambar fail/AP
SAO PAULO: Keadaan kesihatan legenda bola sepak Brazil, Pele makin kritikal.
Pada Ahad, beliau dikelilingi ahli keluarga di hospital di Sao Paulo apabila doktor mengesahkan kanser dihidapinya semakin teruk.
Bukan itu sahaja, Pele juga memerlukan penjagaan berkaitan kegagalan buah pinggang dan jantung.
Hantaran anaknya menerusi Instagram merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat ke atas doa yang disampaikan kepada Pele.
Bekas bintang bola sepak yang berusia 82 tahun itu dimasukkan ke Hospital Albert Einstein di ibu negara Brazil sejak hujung November lalu dan pertama kali disahkan menghidap kanser pada September 2021.
Pele turut dijangkiti COVID-19 pada awal bulan ini.
Pihak hospital belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaannya.
Namun, beberapa perkongsian oleh anaknya di media sosial mencetuskan kebimbangan bahawa Pele kini hampir menemui ajal.
#Pele #bola sepak #Hospital Albert Einstein #kanser