Pele disemadi di Santos
Astro Awani
Januari 3, 2023 07:15 MYT
Januari 3, 2023 07:15 MYT
KERANDA yang membawa legenda bola sepak Brazil Pele selamat tiba di tempat persemadiannya di Santos pada Selasa, ketika jutaan peminatnya berkabung.
Santos, yang terletak di Sao Paulo, merupakan bandar tempat Pele membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.
Siri penghormatan terakhir yang dihadiri oleh Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva, diadakan di Stadium Vila Belmiro sebelum keranda diarak melalui jalan-jalan di Santos dan kemudian tiba di tanah perkuburan.
Di jalanan, ramai peminat berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Pele yang dianggap seperti keluarga dan sebahagian kehidupan serta sejarah mereka.
Pele meninggal dunia 29 Dis lalu pada usia 82 tahun.