Pelbagai syarikat teknologi memulakan tahun 2024 dengan membuang pekerja - Dari Lazada sehingga Google
Amanz
Januari 15, 2024 20:28 MYT
Januari 15, 2024 20:28 MYT
Tahun 2024 kini dilihat dimulakan dengan pelbagai syarikat teknologi mula mengurangkan angka pekerja pada syarikat mereka - dalam usaha meningkatkan kadar kecekapan dalam syarikat, di samping pada masa yang sama mengurangkan kos operasi.
Setakat dua minggu pertama Januari 2024 ini, sejumlah besar syarikat telah mula mengurangkan angka pekerja, termasuk antaranya adalah Lazada, Discord, Amazon Prime Video, Google, Twitch, Unity, Duolingo, Pixar dan sebagainya.
Beberapa syarikat juga telah mula mengumumkan penamatan perkhidmatan – termasuk InVision dan Artifact.
Angka pekerja yang dihentikan ini dijangka terus meningkat dalam minggu-minggu akan datang, di samping syarikat teknologi yang akan lebih mengoptimasikan pengambilan pekerja. - Amanz