Pelbagai pintu keluar masuk China dibuka semula berperingkat

Bernama
Januari 9, 2023 17:14 MYT
Rata-rata individu yang memasuki China dengan tujuan mengunjungi saudara mara, urusan perniagaan serta membeli-belah sempena tahun baharu. - Gambar/ Twitter Bernama
BEIJING: China memulakan pelaksanaan dasar baharu berhubung pengurusan wabak COVID-19 pada Ahad dengan menurunkan tahapnya daripada kelas A kepada kelas B.
Dengan bermulanya dasar baharu itu, pelbagai pintu keluar masuk turut dibuka semula secara beransur-ansur.
Di Xinjiang, empat pintu keluar masuk darat termasuk Horgos (pintu masuk dasar terbesar antara China dengan Kazakhstan), Irkeshtan, Karasu, Yarant, dan Tashken kembali beroperasi seperti biasa.
Tinjauan di pintu keluar masuk Horgos mendapati, rata-rata individu yang memasuki China dengan tujuan mengunjungi saudara mara, urusan perniagaan serta membeli-belah sempena tahun baharu.
Turut sama pulih secara berperingkat adalah laluan darat di wilayah Guangxi.
Seiring dengn dasar pembendungan wabak dioptimumkan, pengembara antarabangsa yang ingin memasuki China melalui pelabuhan Youyi hanya perlu menjalani ujian asid nukleik (NAT) 48 jam sebelum berlepas dan tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya memperoleh keputusan negatif.
Menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) China, bermula 8 Januari, Pelabuhan Beijing akan menyambung semula dasar pengecualian visa transit 24 jam dan 144 jam.
-- BERNAMA
#China #COVID-19 #Imigresen #pintu keluar masuk
;