Pelaut cemas 1,000 ikan lumba-lumba ‘kepung’ bot di perairan Atlantik

Agensi
Julai 11, 2024 01:00 MYT
Tom Waddington, seorang jurulatih ski berpangkalan di Britain telah merakam video apabila dianggarkan lebih 1,000 ekor ikan lumba-lumba mengepungnya. - Gambar Reuters
ATLANTIK: Seorang pelaut berdepan detik cemas apabila bot dinaiki didekati sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Atlantik pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang pelaut berdepan momen cemas apabila bot dinaiki didekati sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Atlantik pada Ahad.

Tom Waddington, seorang jurulatih ski berpangkalan di Britain telah merakam video apabila dianggarkan 1,000 ekor ikan lumba-lumba mengepungnya.
Waddington merakamkan video-video tersebut semasa menaiki bot peribadinya di lokasi 100 batu nautika dari pantai Newfoundland.
Dalam masa sama, ikan lumba-lumba dilihat berenang di sekeliling botnya sehingga menyebabkan botnya bergoncang.
Difahamkan, Waddington, ketika itu dalam perjalanan sejauh 2,000 batu nautika mengumpul dana bagi badan amal kesihatan mental, Mind.
#pelaut #bot layar #ikan lumba lumba #Lautan Atlantik