Pelarian Syria kian bertambah, PBB beri amaran

Astro Awani
Mac 10, 2013 07:00 MYT
Jika pertumpahan darah berterusan hingga hujung tahun ini bilangan pelarian Syria akan bertambah sehingga tiga kali ganda daripada sekarang.
Amaran dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR) Antonio Guterres.
PBB merekodkan pelarian yang berdaftar di negara jiran kini melebih sejuta orang.
Juster, Guterres menggesa masyarakat dunia bekerjasama untuk menamatkan konflik di Syria yang sudah memasuki tahun kedua.
Beliau sebelum itu berada di Ankara sebelum ke sempadan Turki-Syria yang menempatkan kem pelarian Nizip di Turki.
Dalam pada itu beliau turut mengulangi gesaan supaya negara-negara luar memberikan sokongan kepada Turki, Lubnan dan Jordan serta beberapa negara lain yang melindungi pelarian.
Krisis di Syria bermula dengan protes anti-rejim pimpinan Bashar Assad pada Mac 2011.
Sejak itu putaran keganasan berlaku setiap hari sehingga ditahap terburuk mencampakkan negara asia barat itu ke kancah perang saudara.
Sehingga kini tentera kerajaan dan kumpulan penentang masih bertempur untuk menguasai kawasan strategik sekali gus menjatuhkan rejim sekarang sehingga menjejaskan orang awam dan penduduk tidak berdosa.
PBB menggangarkan 70,000 orang terbunuh dalam keganasan sejak dua tahun lalu.
#Antonio Guterres #PBB #pelarian syria #Pertubuhan Bangsa Bersatu
;