Pelarian Rohingya hanyut ke perairan Phuket
Astro Awani
Januari 1, 2013 07:19 MYT
Januari 1, 2013 07:19 MYT
Pihak berkuasa Thailand menahan hampir 100 pelarian Rohingya selepas bot yang dinaiki hanyut ke perairan Phuket.
Ketika ditemui, mereka berada dalam keadaan amat lemah dalam bot yang melebihi muatan.
Mereka mendakwa kebuluran selepas 13 hari terapung di lautan tanpa bekalan makanan dan minuman.
Ia terdiri daripada 70 orang, 20 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak yang dalam perjalanan menuju ke Malaysia.
Masyarakat Islam Rohingya melarikan diri dari Wilayah Rakhine, Myanmar kerana faktor keganasan dan selain desakan sosio ekonomi.
Pada Jun 2012 lebih 200 penduduk Rohingya terbunuh dalam perbalahan etnik.
Bagi menghentikan keganasan dan merungkai masalah sedia ada pentadbiran Naypyitaw diminta untuk memberikan hak kepada etnik Rohingya yang beragama islam sebagaimana yang dinikmat penganut Buddha.
Bagaimanapun ia tidak dilayan dan enggan mengiktirafnya sebagai warga negara itu.