Pelanggaran Kapal: Dua nelayan maut, 15 masih hilang

Astro Awani
April 4, 2021 05:22 MYT
Anggota BASARNAS dilihat bersiap sedia lakukan misi mencari dan menyelamat susulan insiden pelanggaran bot dan kapal tunda di Indonesia. - Foto AP/Panji Wisnu
INDRAMAYU: Dua nelayan maut manakala 15 lagi masih hilang selepas terlibat dengan insiden pelanggaran bot dan kapal tunda di laut jawa, pada Ahad.
32 orang anak kapal yang lain di bot nelayan Barokah Jaya dipindahkan dan dibawa ke hospital selepas kemalangan dengan kapal tunda Habco Pioneer.
Agensi mencari dan menyelamat Indonesia (BASARNAS) berkata, salah satu mayat mangsa ditemui tersangkut di jaring ikan manakala satu lagi ditemui di dalam kapal.
Ratusan penyelamat dan penyelam digerakkan ke lokasi berkenaan untuk operasi berkenaan.
Tiada laporan kemalangan jiwa daripada kapal Habco Pioneer yang dimiliki oleh syarikat kapal tunda PT Habco Primatama.
Pihak berkuasa setakat ini masih menyiasat punca pelanggaran.
#Indonesia #pelanggaran #kemalangan #bot #kapal tunda #Barokah Jaya
;