Pelancong sedih tak dapat kunjungi Menara Eiffel gara-gara mogok

Astro Awani
Disember 17, 2019 23:24 MYT
Akibat mogok yang berterusan, Menara Eiffel ditutup lagi kepada umum - Foto Fail
Buat kali kedua, mercu tanda paling ikonik di ibu kota Perancis, Menara Eiffel, terpaksa ditutup kepada umum selepas kakitangan yang mengendalikan operasi menara itu menyertai protes.
Pelancong yang menjangkakan kunjungan mereka ke tarikan pelancongan utama di Paris itu dapat meninggalkan memori indah, ternyata kecewa dengan insiden berkenaan.
Bagi yang optimis, mereka mengambil keputusan untuk kembali tahun hadapan. Namun bagi pelancong yang sukar untuk mengulang kembali kunjungan ke bandar raya dengan jolokan Ibu Kota Romantis itu, situasi tersebut membuatkan mereka hampa.
“Ya, ia amat mengecewakan kami. Kami tidak boleh mengawal situasi ini walaupun kami dah merancang untung berada di sini (Menara Eiffel) untuk seharian,” ujar Victor Hellberg ,pelancong dari Afrika Selatan.

Demonstrations, protests and strikes in Paris ??? The show went down below my windows.... pic.twitter.com/K2Tkmliqol

— Sandra_In_Paris Your Parisian secret (@SandraInParis1) December 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Joining the protests in France, workers with the Paris Opera perform La Marseillaise, the national anthem, outside the Paris Opera House in Bastille Square. https://t.co/hjTEWe296e

— Alyson Metzger (@AlysonMetzger) December 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

massive crowd in Paris to protest against Macron s reforms, ordered by Brussels and aiming at enriching the 1% and empowerishing the rest! pic.twitter.com/VSgRmQmxEZ

— A.D (@AD12369002) December 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penutupan itu adalah sebahagian daripada kesan daripada tindakan mogok yang berpanjangan di Paris mengenai manfaat pencen.
Presiden Emmanuel Macron dalam langkah reformasinya, ingin membaik pulih sistem pencen yang antara lain membolehkan pemandu kereta api bersara sementara mereka masih berusia 50-an, namun ia mencetuskan reaksi yang berskala besar.
Mogok yang masuk hari ke-13 itu membawa kepada kesengsaraan yang lebih besar bagi penumpang dan pelancong yang terpaksa berdepan pelbagai kesulitan.
#Eiffel Tower #Menara Eiffel #Paris #Perancis #protes
;