Pelakon Moon Knight wajah Bleu De Chanel meninggal dunia kemalangan ski

Astro Awani
Januari 19, 2022 23:29 MYT
Ulliel pernah memenangi anugerah Cesar Perancis pada 2017 sebagai pelakon terbaik dalam filem 'It's Only the End of the World' arahan Xavier Dolan. - Foto REUTERS
PELAKON warga Perancis, Gaspard Ulliel, meninggal dunia pada usia 37 tahun selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di pergunungan Alps, media Perancis melaporkan pada Rabu.
Ulliel terkenal dengan iklan minyak wangi jenama Chanel selain memegang watak Yves Saint Laurent dalam filem biopik pereka fesyen terkenal itu pada 2014.
Beliau pernah memenangi anugerah Cesar Perancis pada 2017 untuk pelakon terbaik dalam filem 'It's Only the End of the World' arahan Xavier Dolan dan merupakan wajah minyak wangi lelaki Bleu de Chanel.
Ulliel turut membintangi siri televisyen terbitan Marvel, Moon Knight, yang akan disiarkan mulai Mac depan. Drama aksi sci-fi itu turut dibintangi Oscar Isaac, Emily VanChamp dan Ethan Hawke.
"Industri filem Perancis telah kehilangan pelakon berbakat besar," kata Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire dalam catatan terbaharu di akaun Twitter miliknya.

Le cinéma français perd un grand talent, plein de charme et dénergie. pic.twitter.com/GMAAaI5UJW

— Bruno Le Maire (@BrunoLeMaire) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

French actor Gaspard Ulliel, who will play Midnight Man in #MoonKnight, has passed away at the age of 37 years old following a ski accident: https://t.co/xlNaJbOZHx pic.twitter.com/xyluead2nO

— MCU - The Direct (@MCU_Direct) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Selasa, Ulliel dilaporkan melanggar seorang individu ketika bermain ski di Montvalezan, barat Perancis, kata pendakwa raya di bandar Albertville dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Ulliel ditemui tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu dan dibawa ke hospital menggunakan helikopter.
Ulliel disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada Rabu manakala mangsa yang dilanggarnya tidak cedera.

No one has ever suited a Chanel perfume more than Gaspard Ulliel. pic.twitter.com/RYwM5eBy2n

— Hanna Ines Flint (@HannaFlint) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Our Midnight Man, Gaspard Ulliel has sadly passed away in a ski-ing accident. Condolences to his family RIP. pic.twitter.com/5g9zeSTxUJ

— Moon Knight ~ News (@MKnightNews) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Gaspard Ulliel #meninggal dunia #kemalangan ski #Chanel