Pelakon Anne Heche diisytihar meninggal dunia

Agensi
Ogos 13, 2022 11:10 MYT
Anne Heche diisytihar meninggal dunia secara rasmi seminggu selepas terlibat dalam nahas apabila kereta dipandunya merempuh sebuah bangunan kediaman. -Gambar fail/Reuters
PELAKON Hollywood Anne Heche diisytihar meninggal dunia secara rasmi seminggu selepas terlibat dalam nahas apabila kereta dipandunya merempuh sebuah bangunan kediaman.
Heche, 53, sebelum ini berada dalam keadaan koma susulan nahas pada 5 Ogos lalu yang menyebabkan kecederaan otak yang serius.
Pelakon itu sudah hilang semua fungsi otaknya dan menurut undang-undang California, Heche diklasifikasikan sudah meninggal dunia walaupun jantungnya masih berdegup.
Ahli keluarganya dalam pada itu berusaha mendapatkan penerima organ ketika pelakon itu bergantung kepada mesin sokongan hayat.
Heche dikenali menerusi filem era 1990-an seperti "Donnie Brasco" dan "Six Days and Seven Nights".
Selain itu, Heche pernah menjalin hubungan dengan pengacara popular, Ellen DeGeneres.
Dalam insiden nahas minggu lalu, kenderaan dipandu Heche terbakar selepas merempuh sebuah rumah dua tingkat di kejiranan Mar Vista di Los Angeles.
BACA: Pelakon Hollywood Anne Heche melecur teruk kereta dipandu rempuh rumah
#Anne Heche #Ellen DeGeneres #hilang semua fungsi otak #pelakon hollywood
;